Thursday, 7 January 2016

Trip Kuala Kubu Bharu (Sanctuary Ikan Kelah Sg Chiling)

Jangan buang masa lagi meh sini kami share pengalaman Trip ke Kuala Kubu Bharu bersama family workout buddies yang lain..
Kami berkumpul di stesen komuter Seremban seawal 6.30am supaya boleh naik train pukul 7.00am.. Yelah pasti nak sampai awal kan. Jadi berkumpul 6.30, naik train pukul 7.00am. Sampai KL Sentrel dalam 8.45am macam tu terus tukar train ke Rawang. Dari Rawang terus tukar ke Kuala Kubu Bharu.
Plus minus kira dalam 3jam saja perjalanan kami ke KKB..


Sampai di stesen KKB, kami di sambut oleh dua pasangan suami isteri yang sangat baik hati, baik rupa dan baik akhlaknya. Kami naik serena bewarna hitam kelabu untuk ke D'Tanjak Homestay Kuala Kubu Bharu yang kami sewa semalam hanya rm200+rm100 saja sekali ngan pengangkutan..Kalau anda nak homestay je bayar rm200 sudah...Jarak Stesen Komuter KKB ke homestay lebih kurang 10-15minit macam tu lah..

Sampai di D'Tanjak Homestay memang terbaik Homestay ni.. Meh promote sikit..
Homestay mempunyai 3bilik, dan 2bilik air. Setiap bilik mempunyai penghawa dingin, Dapur siap dengan peti sejuk siap ade air mineral, mesin basuh siap sabun serbuk skali,meja makan siap pinggan mangkuk nak masak2 pun lengkaplah..Bagi anda yang suka main masak2 jenis lapa memalam nak "medang" bagai memang sesuai. kami kira puas hati menginap di sini. Bila dengar nama Homestay ni kami sarankan jangan berkira-kira ye nak menginap! Memang puas hati..Kami adalah penulis yang jujur!!



Kondisi rumah memang tip top bersih..Sepanjang kami menginap di sini tak de masalah dan berdoa banyak2 moga Tuan Rumah yang baik hati di murah rezeki dan melimpah ruah rezeki sekeluarga..Aminn...

Lepas letak barang bagai, terus gerak ke Sanctuary Ikan Kelah Sungai Chiling..Sepanjang jalan kami di bawa mencuci mata dan minda melihat bandar Kuala Kubu Bharu yang tenang.. Setiap bangunan yang lalu depan mata kami di cerita dengan baik oleh tuan homestay tersebut..Sepanjang jalan ada juga lalu di Empangan Selangor yang ternyata di situlah yang membekalkan air paling terbesar di Selangor.

Sampai saja di Sanctuary Ikan Kelah Sungai Chiling, dengan perasaan yang sangat teruja terus bergambar di pintu gerbang bahagian hadapan..Macam gamba di bawah ni la...



Oh lupa!
Tragedi kami di rompak!
Hati-hati semua ye jika anda teruja sangat nak masuk sini sebab jika anda bertuah akan jumpa "kali" yang menjual ais krim roti yang memakai kemeja lengkap butang sampai leher. Bila penat dalam perjalanan siapa tak terasa nak basahkan tekak kan..Jadi kami hanya bertiga belilah ais krim roti.. Elok je bersusun bulatan ais krim tu..Masa berjalan nak ke tapak perkemahan kami di rompak oleh satu geng monyet yang di ketuai monyet bertaring kuning..Aummm!! hahaha

Kami kira itu adalah rezeki monyet tulah nak kenduri ais krim kami. Bila dah kene kepung jalan yang terbaik adalah campak ais krim dan lari sejauh yang mungkin selamatkan diri. Permulaan hiking yang paling menggelikan hati lah..Jadi bagi anda yang nak mulakan perjalanan di sini jangan la begitu teruja nak menguyah bagai di bahagian hadapan kerana kemungkinan akan senasib juga dengan kami.
hahahah


Gamba atas ni mangsa rompakan Geng Bro Yet gigi Kuning! Yihaaa~

Seterusnya perjalanan pun bermula. Setelah membayar rm1 seorang di pondok pengawal , teruslah kami meneruskan perjalanan ke untuk hiking hingga ke air terjun..
PERINGATAN!!
Jangan lupa beli air tebu yang sedapppp sangat di tapak perkemahan tu..Dah la sejuk mengancam sangat bila meneguk..Itu memang tanpa campuran gula..Kami promote memang jujur. Kalau tak beli memang rugi..haha


Bergambar sekeping dua di jambatan sebelum mula hiking..

Sepanjang jalan trek yang kami lalui banyak lopak air dan berlumpur. Trek licin tapi tak la mencabar. Trek yang lebih santai. Perjalanan mengambil masa dalam 45minit hingga 1jam jika berjalan perlahan bagi menikmati pemandangan di dalam hutan tersebut. Dengan bunyi air sungai yang mengalir, tumbuhan yang pelbagai cuaca juga baik cerah tidak terlalu panas ketika itu membuatkan perjalanan lebih santai dan tenang.


Untuk sampai ke Air Terjun kami perlu merentasi 6 lintasan sungai yang berbeza kedalamannya. Ada yang paras pinggang, ada yang paras lutut..Air sungai yang deras membuatkan semasa merentasnya menjadi tidak stabil memijak batu-batu yang licin berlumut. Namun terubat segala ketakutan apabila merasai air sungai yang sejuk sangat di tambah pula ikan kelah yang main kejar-kejar semasa kami melangkah untuk sampai ke penghujungnya. Ketenangan boleh di rasai apabila mendengar air sungai yang mengalir. Kami sarankan carilah kayu ke ape2 jelah supaya senang nak berpaut kalau anda jenis kaki tak stabil dalam air..


Melintasi rentasan sungai yang ke 3..Huh sejuk!





Kami mengambil masa 1jam 15minit sampai ke air terjun kerana saja hiking slow sebab nak menikmati alam semula jadi..Gamba tak payah cakap lah sampai full memori fon..haha
Pendakian santai ini di ketuai oleh akak sado kita yang memang boleh kata terbaiklah kalau follow dia. Laju je dia jalan dan keselamatan kami memang dia jaga betul. Sebelum nak rentas sungai, dia dulu yang rentas pendek kata itulah namanya family..Terima kasih banyak akak sado! Jika ada trip lain memang tak kan tinggalkan la akak sado kita..hahah





Masa ni memang teruja sangat bila dah sampai ke puncak Air Terjun Sungai Chiling! Airnya sejuk hingga ke tulang sejuknya..Hahaha Dengan ikan kelah yang jinak menyambut kedatangan kami..Akhirnya sampai juga ke puncak detelah melalui pelbagai halangan semasa pendakian..
Sampai atas apa lagi terjunlah buat macam rumah sendiri..
Mandi sungai menyelam tengok ikan kelah yang jinak dan makan-makan bekalan yang dah kami bawa dari rumah. Suasana ni memang tak dapat nak di beli di mana-mana..Bagi yang pernah ke sini saja tahu bagaimana rasanya keriangan hati dan keterujaan hati yang tenang melihat air terjun yang memutih turun laju daripada batu-batu yang bewarna coklat kekuningan..






Memang menyeronokkan di sini..Selesai makan dan mandi manda kami limitkan hanya 1jam di sini supaya tidak lewat untuk turun ke bawah kerana risau juga jika hujan kerana langit mula mendung tapi tak hujan..Jadi berangkatlah kami turun ke bawah. Bila naik memang agak slow. Tapi bila turun ke bawah agak awal juga kami sampai..

Selepas itu kami pulang ke Homestay dan sebelum pulang dah siap tapau dah nasi dan tomyam telur bistik di kedai yang berdekatan dengan homestay tu. Malam pula acara 'medang'..Kami di sajikan dengan Kambing Perap Panggang dan Satay Kebab Blackpaper yang telah di taja oleh owner bagi runcetonline.blogspot.com Ternyata memang sedap sangat kambing perapnya dan satay kebabnya membuatkan malam itu adalah acara 'medang' paling bertuah bagi kami.
Jika anda tinggal berdekatan dengan Seremban mahupun area Senawang boleh je order di runcetonline.blogspot.com 0136699796 bagi tempahan. Tempah awal2 sebab ini adalah produk terbaik dan paling sedap penah kami makan! 


Seterusnya keesokan harinya kami di bawa melawat bandar Kuala Kubu Bharu.. Kami di bawa melihat sekitar bandar, daripada masjid ke hospital, pejabat-pejabat kerajaan, pusat latihan, taman bagi orang yang bersara dan macam2 lagi! oleh Tuan Homestay tersebut. Memang terbaiklah service mereka.. Sangat merendah diri dan baik hati..

Kami singgah di Empangan Selangor untuk amik gamba sekeping dua sebagai kenang-kenangan kami di sana..

Gambar kenang-kenangan kami dan bersama pemilik Homestay D' Tanjak yang paling terbaik!

Angin bukan sepoi bahasa..haha



Kalau dah rezeki atas nama kami tu tak kemana kan..Jumpa lagi penjual ais krim yang berpakaian kemeja butang hingga leher menjual di Empangan Selangor. Maka memboronglah kami bagi melepaskan kempunan di hari semalamnya..haha

psst: Di sini mengajar bertapa rezeki Allah itu tidak pernah salah alamatnya..^_^

Kemudian kami juga singgah di sini bagi menulis nama kami sebagai kenangan kami pernah ke Kuala Kubu Bharu..Alah macam lagu Sudirman tulah...

"Kalau Pergi Kuala Kubu...Tulis Nama Atas Batu..~~~
yihaaaa!
Puas hati pas tulis nama atas batu..haha

Sebab burgerbyte adalah satu team workout yang sangat rapat dah macam family kecil kami ni jadi kami ukirkan 12 nama-nama ahli group kami di sini.. Selagi nyawa masih di pinjamkan, kita senyum sama-sama, workout sama-sama sampai bila-bila..^_^

Begitulah kisah Trip kami ke Kuala Kubu Bharu pada 1/1/2016
Selepas ini lebih banyak Trip yang menarik akan kami update dalam ruangan ni..ok 

selamat membaca!

#burgerbytefamily #workoutbuddies #backpackerstrip









No comments:

Post a Comment