Sunday, 21 February 2016

Gojes & Bootcamp N9




Sepakat katanya membawa berkat.
Dengan kedatangan tahun baru keazaman yang tinggi untuk terus hidup dalam keadaan sihat cergas dan sentiasa berstamina maka kami memasuki program yang di anjurkan daripada Jabatan Kesihatan iaitu GOJES dan Bootcamp bagi mengawal isu obesiti di kalangan rakyat malaysia dan fokus di sekitar seremban.Program ini percuma dan di ketuai oleh Coach Sue Ismail yang ternyata terbaikkk!! ^_^




Program adalah setiap petang pada hari selasa, khamis, jumaat, sabtu dan ahad! Ternyata memang jika seminggu begitu padat aktiviti kami. Namun pandai-pandailah membahagikan masa..

Peserta lebih kurang 100 lebih dan kami adalah yang bertuah terpilih untuk menyertainya. Pelbagai aktiviti senaman ringkas, zumba, bodycombat, kick boxing dan pelbagai lagi aktivitinya dan yang bestnye ada sekali senaman menggunakan pemberat. Aktiviti di di adakan di Citypark, di Kompleks Sukan Paroi, dan kadang kala di Klinik Kesihatan Ampangan. Pengambilan kalori, cara permakanan dalam sehari, pengiraan kalori segalanya di ajar dan di berikan panduan kepada peserta.

Banyak sangat ilmu yang di kongsikan dari tenaga pengajar bagaikan bulan jatuh ke riba segala ilmu yang berharga tidak akan di lupakan. Akan kami manfaatkan selamanya supaya hidup lebih kekal aktif, berstamina, sihat, fit dan segar. Tidak rugi jika anda bersukan beriadah terutama bersama keluarga. Bukan tujuan untuk kurus sahaja tetapi yang paling penting anda menjaga kesihatan untuk lebih beramal ibadah di dunia ini serta mendapat personaliti yang berketerampilan sihat menarik segar gituu..hehe
Program yang sangat bermanfaat dan berbaloi.
Terasa sangat beruntung menyertai program sebegini. Di harap ada lagi lah program sebegini! 

Hanya perkongsian ringkas.
Tiada lagi entri ini di update sehingga di akhir program barulah di update semula ^_^

#workoutbuddies
#workoutsamasama
#sampaibilabila

No comments:

Post a Comment