Monday, 22 February 2016

B.Batu Putih Tanjung Tuan


Setelah sekian lama merancang untuk mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan PD dan akhirnya berpeluang juga pergi pendakian santai ini. Alhamdulillah. Pendakian ini di ketuai oleh Miss Linda di mana kami bertolak dari seremban pada jam 7.45am dan tiba di Tanjung Tuan PD 8.15am. Lokasi nya berdekatan dengan Ilham Resort. Bagi anda yang masih belum pergi mendaki di sini haruslah pergi bagi merasai pengalaman dan menikmati keindahan pemandangan indah apabila tiba di puncak.


Pendakian bermula jam 8.30am di mulakan dengan bismillah dan kami berlima mula mendaki. Trek santai bermula dengan jalan tar yang rata dan sedikit mendaki. Semasa mendaki berselisih bersama pendaki lain dan memberi salam dan saling bertukar senyuman sudah lumrah bagi pendaki menunjuk rasa hormat bagi sesama kita. 

Dalam 10minit tiba di trek berakar tanah yang kering tapi masih landai dan sambil mendaki kami menikmati keindahan alam semulajadi hutan yang penuh pokok kehijauan, di tambah bunyi burung dan suasana terasa dingin. Cuaca yang begitu baik membuatkan pendakian menjadi lebih santai dan nyaman. Trek yang tidak sukar cuma hanya perlu mendaki sedikit untuk sampai ke puncak.







Bila dah tiba di puncak apa lagi bergambarlah kami semua. Tenang rasa hati melihat keindahan alam, Laut yang biru tenang terasa di hati dengan menghirup udara nyaman pagi. Namun sedikit sesak di atas puncak di sebabkan ramai pula trip pendakian pada hari itu. Tapi kami masih bertuah kerana berpeluang mengambil beberapa keping gambar kerna sampai sedikit lebih awal dari pendaki lain. Dalam 15minit di atas puncak sebab terlalu ramai jadi kami mula turun semula.






Begitulah cerita trip pendakian kami di Batu Putih Tanjung Tuan. Jika berkelapangan akan muncul dengan trip yang lebih mencabar selepas ini..

sekian...

^_^

No comments:

Post a Comment