Sunday, 6 March 2016

Trip March G.Angsi 825m

Seperti yang di rancang, trip pertama bagi march adalah ke Gunung Angsi bagi kali yang kedua setelah di tawan oleh beberapa orang ahli kami semasa januari yang lepas. Dan kembali semula pada march ini. Seperti yang di rancang, Trip ini di ketuai oleh En Borhan yang begitu sabar orangnya dalam memastikan kami semua sampai ke puncak. Trip ini pada 6 march 2016 dan seramai 10 orang  yang menyertai dan pendakian bermula pada 8.35pagi. Bismillah...



Pendakian di mulakan dengan tanah merah yang berbukit masih kering walaupun hari sebelumnya hujan namun keadaan trek masih baik. Kami berpecah kepada 3 kumpulan di mana yang laju mendaki boleh jalan dahulu dan selebihnya boleh mendaki seiringan dengan yang lain. 


Pendakian pada kali ini agak pantas kerana di jangka akan tiba di puncak dalam 2jam lebih ternyata jangkaan tersasar. Seorang daripada kami telah sampai ke puncak lebih kurang jam 10.00pagi. Boleh kata 1jam 30minit saja masa pendakian nya. Hehe dan selebihnya turut menyusul didalam beberapa minit kemudian.



Pada hari itu juga Angsi dipenuhi pandaki-pendaki daripada luar yang juga mula mendaki seawal pagi ternyata Angsi adalah Gunung yang mempunyai tarikan tersendiri.Kami sampai di puncak dan berehat sebentar sambil bergambar sebagai kenang kenangan. Pada trip pendakian kali ini, kami bertuah kebetulan semasa mendaki berselisih bersama pendaki otai  Presiden Persatuan Kembara Malaysia Datuk Dr Mohd Khalid Yunus.Kami pun ape lagi amik la gamba sekeping dua bersama beliau..




Kami tiba di bawah dalam jam 2.10petang macam tu. Begitulah trip kami ke gunung angsi pada kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan moga berjumpa lagi trip yang akan datang..In shaa Allah.

#workoutbuddies
#gunungangsi
#825meter
#alhamdulillah


No comments:

Post a Comment