Sebagai pembuka tulisan, ini mungkin adalah juga pembuka program2 yang kami satu team mahu mulakan untuk terus bergerak bersama supaya lebih berpeluang menyumbang kepada lebih ramai saudara sesama kita semua..
..Ia mungkin di atas permulaan langkah ini mampu membuka setiap hati-hati yang mati,setiap jiwa-jiwa yang kosong dan setiap dari itu Allah bantu memenuhi setiap ruang dan masa dengan bermanfaat.In shaa Allah.
Perjalanan dari seremban bermula jam 8.00pagi menuju ke Masjid Kariah Kampung Daching. Dengan empat hati yang menuju satu tujuan yang sama dengan penuh tawakal teruskan perjalanan tanpa peduli mana tempatnya dan siapa pula yang mahu menunjukkannya. Hanya berpandukan pengalaman-pengalaman perjalanan pendakian ke bukit broga membuatkan lenggeng menjadi mudah untuk kami tuju.
Sampai saja di Masjid, kami di sambut dengan motor berkuasa tinggi lebih dari 20 buah kesemuanya berkumpul parking di hadapan masjid. Selesai sarapan pagi dari penganjur, Pusat Zakat Negeri Sembilan, kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta JKKK Kampung serta siapa jua yang terlibat terima kasih nasi lemak ikan sembilang menjadi sarapan pada pagi kami.
Selesai sarapan taklimat ringkas di mulakan oleh penganjur dan di rasmikan oleh Dato Abu Ubaidah selaku Exco kerajaan Negeri Sembilan..Kami di pecahkan 6kumpulan dan di beritahu sebanyak 30buah rumah Asnaf telah di pilih sebaiknya oleh pihak penganjur untuk di edarkan bantuan seperti makanan asas, bantuan wang ringgit serta bagi rumah asnaf yang terpilih di baiki dan di cat sebaik mungkin.
Bermulalah perjalanan kami dari sebuah rumah ke sebuah rumah tepat jam 10.30pagi.. Rumah yang kami lawati penghuninya tidak berapa ramai. Seorang nenek tua yang duduk di atas kerusi roda. Tinggal bersama beberapa ahli keluarganya yang lain dan beliau menghidap penyakit kencing manis. Dalam keadaan rumahyang sangat uzur dan sayu hati kami melihatnya.Setelah memberi sumbangan seperti kelengkapan barang dapur beserta sedikit wang ringgit dan tidak lupa berdoa untuk tuan rumah moga Allah memudahkan setiap urusanya dan di hidupkan hati-hati yang mati sentiasa mengingati Allah.
Rumah kedua yang di kunjungi
Rumah pertama yang di kunjungi.
Bantuan berbentuk beras, milo peket, sardin dan sebagainya.
Rumah kedua dan ketiga di diami oleh lelaki yang tinggal berseorangan.Sama juga keadaan rumah yang uzur. Boleh rujuk pada gambar di bawah ye. Nak cerita detail mungkin tidak tepat nanti maklumat itu.
Keadaan rumah asnaf..Subhanallah..
Dan rumah yang terakhir kami adalah rumah En Ismail sekeluarga. Rumah beliau terpilih untuk di baik pulih.Ketika kami masuk ke rumah beliau ternyata sedih dan pilu melihat keadaan en ismail yang tangannya menggeletar dan tidak mampu untuk berdiri. Bercakap apatah lagi hanya mengeluarkan bunyian bagaikan mahu mengatakan sesuatu. mempunyai 4anak dan seorang isteri tinggallah mereka di rumah yang telah di bina baru untuk berteduh. Keadaan rumah ketika itu tidak berjaga dan kotor. En Ismail jadi begitu disebabkan kemalangan bersama isterinya ketika membonceng motosikal berdua. Subhanallah..
Masa ni En Ismail di temu ramah oleh pihak RTM untuk di masukkan di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada hari rabu ini.
Bergambar sekeping dua sementara tunggu bro baju biru tu nak sembur lantai rumah untuk di cuci..Malangnya bekalan air kepada rumah ini yang bermasalah akibat paip bocor. Jadi basuh lantai secara manual saja..
Keadaan singki yang selesai di sental sepenuh tenaga hahaha
Tikar getah baru yang di sumbangkan oleh pihak zakat..Meriah semula rumah En Ismail. Alhamdulillah..Mereka menerima katil, tilam, rak pinggan, dapur masak dan sebagainya.
nyum..nyum..nyum..
Rezeki kami hari ini nasi putih berlauk gulai ayam kampung campur nangka, ikan sembilang sambal dan sayur goreng..Alhamdulillah.
Isi perut dulu sebelum pulang ke rumah
Bergambar sekeping dua sementara tunggu bro baju biru tu nak sembur lantai rumah untuk di cuci..Malangnya bekalan air kepada rumah ini yang bermasalah akibat paip bocor. Jadi basuh lantai secara manual saja..
Keadaan singki yang selesai di sental sepenuh tenaga hahaha
Tikar getah baru yang di sumbangkan oleh pihak zakat..Meriah semula rumah En Ismail. Alhamdulillah..Mereka menerima katil, tilam, rak pinggan, dapur masak dan sebagainya.
nyum..nyum..nyum..
Rezeki kami hari ini nasi putih berlauk gulai ayam kampung campur nangka, ikan sembilang sambal dan sayur goreng..Alhamdulillah.
Isi perut dulu sebelum pulang ke rumah
Wefie sekeping dua selepas penat mengemas haha
Selesai mendengar kisah mereka sekeluarga, kami memulakan kerja pembersihan, Kami memilih untuk membantu di dalam. Kerja-kerja seperti membasuh simin rumah, menukar ganti tikar getah sumbangan dari pihak penganjur dan sebagainya. Segalanya tamat pada jam 2.15petang. Kami di jemput makan dan minum tengahari dan bergambar sekeping dua bersama yang terlibat dan kami pun bertolak untuk pulang ke rumah..
Apa yang dapat di simpulkan dari program ini adalah kami sebagai sukarelawan fb dapat melihat sendiri asnaf yang di pilih oleh pihak zakat dan mains adalah tepat dan memang pun mereka memerlukan bantuan. Bagi siapa yang bergelar anak di dunia ini, sayangilah ibubapa dan tinggallah bersama dengan mereka supaya mereka hidup dalam keadaan selesanya kongsi bersama. Selagi ibu bapa hidup maka hormati dan sayangilah. Berikan tunaikan setiap permintaannya selagi termampu dan doakan setiap hari-harinya lapang dan mudah.
sekian..
terima kasih Ya Allah..
terima kasih Workout buddies...
No comments:
Post a Comment