Monday, 24 October 2016

Ariani Hijab Run Kuala Lumpur 2016

Sabtu- 22 Oktober 2016
Setelah lama merancang dan dah register pun namun rancangan Allah lebih baik. Hanya 4 dari group kami yang dapat menyertai larian ini. Bertolak pada pukul 5.00am berkumpul di Bukit Chedang Seremban seterusnya bertolak ke Kuala Lumpur lebih awal. Larian bermula pada pukul 7.15am dan berakhir pada 8.30am..

Goodies bag yang di sediakan untuk peserta pun tak kurang hebatnya. Teruja melihat dalam bag terdapat tudung ariani yang cantik baju dan sebangainya. Berbaloi kiranya program larian kali ni. Larian yang kami pilih adalah larian 5km sahaja.. Berlari bersama-sama kawan2 dan beramai2 membuatkan peserta lebih bersemangat untuk berlari..;)

Ramainya yang hadir menyahut cabaran larian ni. Ternyata mendapat sambutan yang memberangsangkan. Adalah kami bergambar sebagai kenang kenangan..;)



Jadi di selitkan sedikit sebanyak kebaikan daripada aktiviti berlari ini.


Tahukah anda? Berlari(Membakar 600 kalori sejam)
Teknik yg lebih efektif dari berjalan,tapi bukannya sprint runner..Cukup dengan larian seperti berjogging sahaja..Tujuan berlari adalah untuk membakar lemak dengan lebih cepat dan banyak..Sedang anda berlari,karbohidrat seperti nasi yg anda makan dan storage lemak yg terkumpul kat perut anda akan dijadikan bahan bakar untuk support badan kita..Berlari adalah seperti berjalan,banyak melibatkan pergerakan kaki..Jadi teknik larian yg betul diperlukan untuk mengelak anda injured semasa larian..Gunakan kasut yg beralas/ada kusyen yg tebal untuk menyerap hentakan kalau berlari di atas treadmil ataupun jalan raya..Elakkan dari berlari dengan kasut yang punyai tapak nipis atau pun jenis sandal..Tidak digalakkan..

Kebaikkan Berlari..
1)Tentunya membakar lemak dengan lebih banyak dan cepat..
2)Membentuk otot fiber seperti betis dan belakang peha..
3)Melatih otot belakang badan supaya kuat dan mampu menyokong tulang belakang kita..Bagus untuk elakkan terkena osteoporosis sebab kita sentiasa melatihnya menjadi lebih kuat..
4)Sesuai diamalkan dalam 3 4 kali seminggu dengan tempoh berlari adalah 20-30 minit setiap sesi..

Sekian...

;)

No comments:

Post a Comment